Saturday, January 5, 2013

mimpi cinta

prolog


Langkah kaki di atur kemas menghampiri sekujur tubuh yang membelakanginya. Perlahan-lahan tubuh itu dipeluk dari arah belakang. Terasa bait-bait kebahagian mulai menjalar ke seluruh urat saraf kedua-dua insan tersebut. Betapa hati mereka tersiksa dalam tahun tahun kebelakangan ini. Doa dipanjatkan mereka agar mendung yang menyelubungi hari-hari mereka sebelum ini berarak pergi. Sungguh, hati mereka sudah berikrar untuk melabuhkan kasih yang sarat di hati masing-masing.
“terima kasih, sayang. Sebab sudi hadir dalam hidup abang.” Bibir sang jejaka merekah memberikan senyuman kepada kekasih hatinya. Dagunga disandarkan pada bahu si gadis. Pelukan dilonggarkan sedikit. Perlahan-lahan, perut si gadis diusap penuh kasih.                                                                                            “dan kerana sudi mengandungkan zuriat abang.” Pelukan dieratkan kembali. Lagaknya seperti tidak mahu melepaskan si gadis pergi walau seinci. Si gadis memejamkan matanya rapat. Jika ini mimpi, tidak mahu dia sedar dari lena ini. Biar dia di selamanya dalam dakapan jejaka itu. Dan jika ini reality, syukur pada Allah.                                                                                                                                                                              “buka mata, sayang.” Rayu jejaka itu sayu. Dan  sedikit demi sedikit, mata itu menyinarkan cahaya. Setitik air jernih dari tubir mata itu jatuh saat terpandangkan wajah jejaka dihadapannya. Sedarlah dia bahawa ini bukan mimpi. Pantas.. jari si jejaka menyapu lembut air jernih di pipi si gadis. Seksa hatinya melihat air itu jatuh. Tadi, bila nama si gadis di serunya tiada tindak balas. Dia segera berubah posisi berhadapan dengan gadis itu.                                                                                                                                                “ara takut.. ni semua mimpi.” Tangan sasa itu dipegang kejap.                                                                                         “sayang tak mimipi. Abang akan sentiasa dekat dengan sayang.  I love you so much.” Tangan si gadis dikucup lembut.                                                                                                                                                                         “I love you too, abang.” Tanganya ditarik lembut. Dan tubuh si jejaka dirangkul erat oleh si gadis. Si jejaka menolak lembut lembut tubuh gadis itu. Tangan gadis itu ditarik ke kerusi bulat tidak berjauhan dari tempat mereka berdiri tadi. Si gadis di dudukkan di kerusi. Tangan itu mmasih digenggamannya. Penuh kasih dia mengusap tangan itu.                                                                                                                              “abang janji takkan tinggalkan ara lagi?” lembut bibir itu menuturkan soalan. Lantas, bibir jejaka merekah menghadiahkan senyuman kepada kekasih hati.                                                                                                     “abang janji, sayang. Abang takkan tinggalkan sayang lagi. Walau apa pun yang akan berlaku, kita tetap bersama.” Indahnya janji itu, andai ianya benar.


bab 1

Laju dia mengorak langkah ke arah sahabat  yang telah menunggu lama. Risau akan dileteri oleh sahabatnya itu. Oleh itu, dia sudah memikirkan alasan untuk terlepas dari bebelan itu. 
 “syah..” sergahan kuat darinya membuatkan aisyah terjerit kecil. Lantas tangan kurus aisyah mencubit lembut pinggang miliknya. Dia tertawa kecil melihat wajah geram aisyah. ‘Masamnya.. dah boleh buat jeruk dah muka tu.’ Guman dia dalam hati.                                                                                                                  “kau ni ara.. geram aku tau. Kata pukul 2.30, ni dah pukul 3.30 tau.” Aisyah mengerutkan keningnya. Tangannya diketuk-ketuk ke muka jam yang dipakainya. Tersengih Zahra memandang aisyah.                                                                                                                               “sorry la, syah. Ada problem sikit time nak ambik beg ni.” Zahra mengangkat begnya. Beg itu diturunkan balik bila hanya mendapat jelingan dari aisyah. ‘takkan aisyah tak percaya?’                                                            “kenape? Kau terlanggar dengan putera mana kali ni?”                                                                                                   “sejak bila kau pandai main sindir-sindir ni, syah?” Zahra buat muka pelik. Macam mana aisyah tahu.                                                                                                                                                                “dah la. Layan kau memang tak habis. Bawak sendiri beg tu. Malas aku nak tolong.” Serentak dengan kata-kata itu, aisyah memulakan langkahnya.                                                                                                          “amboi.. marah sampai tak nak tolong aku. Tak pe, aku taknak bagi ole-ole dari johor. Zahra segera menolak laju begnya. Beg beroda pun nak mintak tolong orang ke?                                                             “tak kisah pun. Bagi jelah dekat orang lain. Tak hadap pun aku dengan ole-ole kau tu.” Langkah Zahra terhenti. Terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut aisyah.                                                                              “malam nanti janga nangis pulak.” Zahra ketawa kecil. Dia kembali mengatur langkah. ‘macam la aku tak kenal kau.’ Dia tersenyum sumbing.
“ara.. please la. Bagi aku benda tu.” Aisyah merengek manja.                                                                                    “kau ni tak tahu malu kan. Tadi kata tak nak.” Zahra memulangkan paku buah keras.                                                    “aku tak malu la yang aku mintak ni. Ala.. kau kan kenal aku, aku main-main je tadi.” Lutut Zahra digoncang kuat..  Macam nak tercabut dah. Nasib baik tak pakai skru. Kalau tak, dah lama tanggal digoncang dek aisyah hari-hari. Zahra kulum senyum. Dengan Zahra, dia memamg tak tahu malu. Sebab itu dia tak kisah bila Zahra mengungkit kata-katanya petang tadi.                                                                                    “main tak main. Aku terasa hati ni tau. Dah.. tak nak layak kau lagi. Baik aku pergi tidur. Lagi best. Dah seminggu aku tak cukup tidur. Dah.. dah.. bagi laluan.” Zahra segera berdiri. Pantas dia larikan diri dari aisyah. Padan muka.. sombong lagi. Aisyah bercekak pinggang bila Zahra sudah hilang ke tingkat atas rumah sewa mereka. Dia memasang angan-angan untuk memujuk Zahra esok. Dia tahu, Zahra hanya main-main dengannya. Bukan sehari dia kenal dengan Zahra. Bahkan sejak tingkatan 3 lagi. Sudah masak benar dengan perangai perempuan tu sorang. Zahra.. seorang yang ceria. Sensitif dengan masalah orang lain, tapi tidak dengan masalah sendiri. Lebih-lebih lagi dengan aisyah. Bila aisyah ada masalah, dialah orang pertama yang akan menjadi hero untuk menyelesaikan masalah itu. Walaupun kadang-kadang makin mendatangkan masalah. Berbeza bila dia sendiri yang menghadapi masalah, sebolehnya dia mahu sembunyikan dari orang lain. Tidak mahu membebankan orang lain, katanya. Tapi, kadang-kadang masalahnya tetap dapat dihidu oleh aisyah. Best friend forever la katakan. Naluri seorang perempuan itu kuat. Bagi Zahra, dia perlu melindungi aisyah dari apa-apa masalah kerana aisyah lebih bersifat lembut. Takut aisyah tidak mampu menanganinya sendiri. Aisyah dan Zahra berkawan sejak mereka di tingkatan 3. Walaupun berlainan kelas, mereka masih rapat. Zahra dalam kelas sains. Manakala aisyah bersama kawan mereka yang lain milia dan nadila dalam kelas ekonomi. Namun, ini bukan cerita mereka, ini cerita Zahra. Mimpi cinta Zahra.



No comments:

Post a Comment