Wednesday, January 23, 2013

wedding

seriously.. aku sangat sangat la happy. kenapa??? tengok pada tajuk tu.. aku ke yang nak kahwin. : ) tak!!!! my bro yang nak kahwin. bertahun tahun aku tunggu berita ni. last last, aku boleh dengar jugak. opp sorry.. bukan dengar, tp baca. why baca??? hehe.. sedeyh seyh, aku hanya tahu pasal engagement ni bila my sis mesej aku. terase?? of coz kowt.. sape yang tak terase??? bagitaw aku. lagi menyedihkan.. bila aku dapat tahu, my mom nak lansungkan wedding ni bulan 3. wei.. agak agak la. time tu aku tengah exam kowt. aku buat keputusan, aku taknak balik. lantak la.. dan.. aku suruh my dad masukkan duit. pe kaitannya??? hehe.. dah memang tabiat aku, bila aku marah ngan parents aku. aku akan belanjakan duet sesuka hati. beli barang yang takde faedah langsung. bongok tol la.. tapi, alhamdulillah.. my mom tukar fikiran. die nak buat majlis ni bulan 5. lepas aku habiskan dip. wow... aku dah nak habis dip. huhu.. sukew sangat. tapi sedikit sedeyh bila ingat nak kena pisah ngan kawan kawan yang satu kepala. opps.. ni dah lari tajuk. drop the subject. hehe..

p/s: tak sabar nak dapat anak sedara. hehe..(kahwin pun belum lagi la)

Monday, January 7, 2013

MIMPI CINTA (bab 2)


Zahra keluar dari lif bila mana pintu lif terbuka luas. Langkah kakinya diatur kemas. Pintu kaca yang berhadapan dengan lif ditarik sopan. Beberapa orang yang menyedari kehadirannya menegur ramah. Dia tersenyum manis membalas teguran mereka. Derap langkahnya menghala ke sebuah bilik sederhana besar. Ditolak perlahan pintu bilik itu. bilik itu lengkap dengan peralatan perabot untuk kegunaannya sebagai seorang jurutera. Meja yang sederhana besar terletak elok di penjuru bilik itu. Punggungnya dilabuhkan di kerusi miliknya sejak tiga tahun dulu. Rindu pada bilik itu apabila seminggu dia ditugaskan untuk melawat tapak projek di johor. Segala penat lelah menyiapkan proposal terasa berbaloi apabila projek itu menjadi milik megah berhad, tempat dia bekerja.                                                                                                                     
            Dibelek fail yang bertimbun di atas mejanya satu persatu. Kerjanya tidak pernah habis. Belum habis satu kerja, sudah diasak dengan kerja yang lain. Kadang-kadang dia rasa bosan. Namun, ini pilihannya. Menjadi seorang jurutera adalah cita-citanya sejak sekolah menengah. Cepat dia menjawab apabila ditanya tentang cita-cita oleh kawan-kawan sewaktu sekolah dahulu. Terasa rindu pada waktu dulu. Tiada masalah yang perlu difikir. Hidupnya hanya bermain. Pelajarannya pun tidak dititikberat sangat. Tapi, Alhamdulillah dia lulus dengan cemerlang dalam spm. Membanggakan seluruh ahli keluarganya. Zahra menekan interkom memanggil setiausahanya masuk. Tidak sampai lima minit, tercegat wajah polos setiausahanya di depan matanya.
“siapa yang letak fail ni kat sini, kak ain?” Zahra menolak keras fail di atas mejanya. Wajahnya dimasamkan. Tidak suka mejanya bersepah.                                                                                           “kak ain, zahra. Encik harraz yang suruh. Dia nak Zahra siapkan dalam minggu ni.” Ain menghadihkan senyuman buat Zahra. Kesinnya pada Zahra melimpah apabila terpandangkan fail yang bertimbun di atas meja. Dia jarang melihat muka Zahra masam. Marah jauh sekali. Muka itu sentiasa tersenyum manis. Tapi dia tahu, Zahra punya hati yang keras. Keadaan yang akan membuat seorang perempuan bernama Zahra itu menunjukkan hati kerasnya.                                               “siapa encik harraz tu?” Zahra mengerutkan dahinya. Memang tabiatnya begitu apabila ada yang mengganggu fikirannya. Dan, lelaki yang bernama harraz tanpa sedar telah mengganggu fikirannya kala ini. Sungguh dia benci bila ada lelaki yang membuatnya begitu.                                  “encik harraz yang gantikan tempat encik huzair.” Zahra mengeluh kuat. Baru dia teringat perbincangannya dengan huzair intishar minggu lepas tentang kekosongan jawatan yang akan diisi oleh adik huzair intishar sendiri yang baru balik dari Australia.                                                “zahra.. encik huzair pesan suruh jumpa dia sekarang.” Ain menyampaikan pesan huzair intishar pagi tadi. Zahra mengeluh lagi. Baru je sampai, sudah disuruh jumpa dengan bos besar sekarang. Letihnya belum hilang lagi. Zahra berdiri. Digagahkan juga kakinya melangkah. Sampai di pintu, dia berpaling pada ain bila namanya dipanggil wanita itu.                                                                     “hati-hati, Encik harraz tu handsome. Lebih handsome dari encik huzair.” Ain mengeyitkan matanya. Zahra tertawa kecil melihat kenyitan nakal dari ain. Sempat ain mengusiknya. Kepalanya digelengkan laju. Zahra meneruskan langkahnya tadi.
ZAHRA mengetuk pintu kayu itu perlahan. Matanya menangkap tanda nama dan jawatan yang dilekapkan di pintu itu. nama sekarang sudah berbeza dengan nama yang dulu. Tombol pintu dipulas apabila ada suara yang menyuruhnya masuk. Bibirnya menguntumkan senyumam apabila terpandangkan wajah huzair intishar. Selainnya dan huzair intishar, ada seorang lelaki yang duduk membelakangkannya. Sedetik, hatinya terusik dengan kehadiran lelaki itu. kakinya menghampiri meja besar itu. ditarik kerusi di sebelah lelaki misteri tadi. Dan dia duduk. Huzair intishar tersenyum. Belum disuruh, sudah duduk. Hatinya digeletek rasa lucu. Namun, dia tidak kisah. Sudah tiga tahun dia mengenali Zahra. Malah, dia yang menemuduga Zahra. Tingkah laku selamba wanita itu memang mencuit hatinya sejak dulu. Zahra pegun kepala. Hatinya mendesak mahu melihat gerangan lelaki di sebelahnya. Tapi, egonya pantas menghalang. Dikeraskan hatinya demi mahu menjaga ego. Berada di sebelah lelaki itu, hati tidak tenang. Bagai ada yang hutang yang tidak lunas.                                                                                                                  
“zahra, saya kenalkan. Ni adik saya, adam harraz. Dia yang menggantikan tempat saya sebagai pengurus.” Huzair intishar merenung wajah Zahra dan adam harraz silih berganti. Zahra berpaling ke sebelah kanan. Saat itu, mata adam harraz sudah jatuh menikam pada wajah Zahra. Terpana Zahra sebentar. Degupan jantungnya makin laju. Mengepam darah ke segenap bahagian tubuhnya. Tubuhnya berasa di awan-awangan. Tangannya menjadi sejuk. Beku seperti ais di kutub utara. Mujur dia duduk, bukan berdiri. Mahu tubuhnya jatuh terduduk terpandangkan wajah adam harraz.                                                                                                                         “Zahra.” Huzair intishar memanggil kuat. Zahra tersentak. Segera wajahnya dipalingkan kepada huzair intishar. Isyarat mata dari huzair intishar membuatkan Zahra kembali menatap adam harraz. Dan pandangannya jatuh pada tangan adam harraz. Dua kali dia menggeleng kepala. Adam harraz yang memahami maksud gelengan itu menarik kembali tangannya. Rasa malu yang timbul ditutupi dengan senyuman. Tidak dia sangka, masih ada lagi perempuan yang menjaga maruah diri sehingga tidak bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim.
 “WOI..” tersentak adam harraz dengan sergahan dari teman baiknya. Segera diperbetulkan duduknya. Shahrin mengambil tempat di depannya. Tangannya melambai mencuri pandangan pelayan yang ada. Tangannya dijatuhkan kembali bila ada yang menghampiri. Matanya di halakan pada teman di depan. Mereka adalah teman rapat yang sama-sama melanjutkan pelajaran di Australia.                                                                                                                               “berangan nampak.”shahrin senyum. Menampakkan giginya yang putih bersih. Terkeluar keluhan halus dari celah bibir adam harraz.                                                                                           “ak jumpa dia.” Tidak sempat shahrin mengeluarkan kata-kata, meja mereka didatangi seorang pelayan.                                                                                                                                        “jumpa siapa?” shahrin bertanya setelah pelayan tadi meninggalkan mereka. Diam.                                   “dia tu, siapa?”                                                                                                                                    diam. Shahrin mengeluh kasar. Tidak tahan dengan diam adam harraz. Adam harraz tiba-tiba senyum. Berkerut seribu dahi shahrin. ‘shah tak perlu tahu tentang dia.’ Getus hati adam harraz. Seketika, air yang dipesan tiba. Shahrin yang dahaga menghirup rakus.                                           “jom clubbing.” Adam harraz mengacau perlahan airnya menggunakan penyedut minuman. Shahrin merenung tajam wajah adam harraz.                                                                                       “kau tahu kan, aku tak layan benda macam tu.”                                                                                  Adam harraz menyeringai ketawa. Di hujung ketawa, dia tersenyum. Memang dia akui, shahrin tak pernah mengikut dia ke kelab selama ini. Berbeza dengan dia yang sememangnya hantu kelab. Hamper setiap malam minggu dia mengunjungi kelab. Malah, dia sudah menjadi tetamu VIP di beberapa buah kelab. Namun, persahabatan mereka tidak pernah terputus walaupun mereka berbeza corak hidup. Mereka meneruskan perbualan tentang hidup akan mereka jalani selepas ini. Bila jam menunjuk pukul 2.00 petang, shahrin mula mengangkat punggung. 
DIA tercegat di depan meja ain. Ain yang tekun menulis sesuatu di kertas, panggung kepala memandangnya. Melihat muka Zahra yang masam mencuti hatinya, lalu ketawa kecil dilepaskan.
“kenapa kak ain ketawa?” Zahra tidak puas hati.                                                                                  “lucu la tengok muka Zahra macam tu. Tak cantik la masam macam tu.” Ditekan-tekan perutnya. Pedih menahan ketawa.                                                                                                                     “kenapa kak ain tak cakap?” kali ni Zahra bercekak pinggang pula. Berkerut dahi ain. Benda apa yang dia tidak bagitahu pada Zahra.                                                                                                “kenapa kak ain tak cakap yang encik huzair nak kenalkan Zahra pada pekerja baru?” Zahra mendengus dan melangkah ke bilikny. Ain mengekorinya dari belakang.                                           “mana la kak ain tahu.”                                                                                                                  “handsome tak?” tambah dia. Zahra duduk di kerusinya. Dia mencebik.                                              “kalau handsome, tak reti menghargai buat apa kak.” Zahra terpana dengan kata-katanya sendiri. Ain menjongketkan keningnya.                                                                                                    “menghargai? Macam mana Zahra tahu dia tak tahu menghargai?” ain melabuhkan punggungnya di depan Zahra. Kata-kata Zahra makin menarik perhatiannya. Zahra diam. Terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Tiada siapa yang tidak tahu menghargai. Bukan salah sesiapa. Salah dia yang suka bermimpi.    

Saturday, January 5, 2013

mimpi cinta

prolog


Langkah kaki di atur kemas menghampiri sekujur tubuh yang membelakanginya. Perlahan-lahan tubuh itu dipeluk dari arah belakang. Terasa bait-bait kebahagian mulai menjalar ke seluruh urat saraf kedua-dua insan tersebut. Betapa hati mereka tersiksa dalam tahun tahun kebelakangan ini. Doa dipanjatkan mereka agar mendung yang menyelubungi hari-hari mereka sebelum ini berarak pergi. Sungguh, hati mereka sudah berikrar untuk melabuhkan kasih yang sarat di hati masing-masing.
“terima kasih, sayang. Sebab sudi hadir dalam hidup abang.” Bibir sang jejaka merekah memberikan senyuman kepada kekasih hatinya. Dagunga disandarkan pada bahu si gadis. Pelukan dilonggarkan sedikit. Perlahan-lahan, perut si gadis diusap penuh kasih.                                                                                            “dan kerana sudi mengandungkan zuriat abang.” Pelukan dieratkan kembali. Lagaknya seperti tidak mahu melepaskan si gadis pergi walau seinci. Si gadis memejamkan matanya rapat. Jika ini mimpi, tidak mahu dia sedar dari lena ini. Biar dia di selamanya dalam dakapan jejaka itu. Dan jika ini reality, syukur pada Allah.                                                                                                                                                                              “buka mata, sayang.” Rayu jejaka itu sayu. Dan  sedikit demi sedikit, mata itu menyinarkan cahaya. Setitik air jernih dari tubir mata itu jatuh saat terpandangkan wajah jejaka dihadapannya. Sedarlah dia bahawa ini bukan mimpi. Pantas.. jari si jejaka menyapu lembut air jernih di pipi si gadis. Seksa hatinya melihat air itu jatuh. Tadi, bila nama si gadis di serunya tiada tindak balas. Dia segera berubah posisi berhadapan dengan gadis itu.                                                                                                                                                “ara takut.. ni semua mimpi.” Tangan sasa itu dipegang kejap.                                                                                         “sayang tak mimipi. Abang akan sentiasa dekat dengan sayang.  I love you so much.” Tangan si gadis dikucup lembut.                                                                                                                                                                         “I love you too, abang.” Tanganya ditarik lembut. Dan tubuh si jejaka dirangkul erat oleh si gadis. Si jejaka menolak lembut lembut tubuh gadis itu. Tangan gadis itu ditarik ke kerusi bulat tidak berjauhan dari tempat mereka berdiri tadi. Si gadis di dudukkan di kerusi. Tangan itu mmasih digenggamannya. Penuh kasih dia mengusap tangan itu.                                                                                                                              “abang janji takkan tinggalkan ara lagi?” lembut bibir itu menuturkan soalan. Lantas, bibir jejaka merekah menghadiahkan senyuman kepada kekasih hati.                                                                                                     “abang janji, sayang. Abang takkan tinggalkan sayang lagi. Walau apa pun yang akan berlaku, kita tetap bersama.” Indahnya janji itu, andai ianya benar.


bab 1

Laju dia mengorak langkah ke arah sahabat  yang telah menunggu lama. Risau akan dileteri oleh sahabatnya itu. Oleh itu, dia sudah memikirkan alasan untuk terlepas dari bebelan itu. 
 “syah..” sergahan kuat darinya membuatkan aisyah terjerit kecil. Lantas tangan kurus aisyah mencubit lembut pinggang miliknya. Dia tertawa kecil melihat wajah geram aisyah. ‘Masamnya.. dah boleh buat jeruk dah muka tu.’ Guman dia dalam hati.                                                                                                                  “kau ni ara.. geram aku tau. Kata pukul 2.30, ni dah pukul 3.30 tau.” Aisyah mengerutkan keningnya. Tangannya diketuk-ketuk ke muka jam yang dipakainya. Tersengih Zahra memandang aisyah.                                                                                                                               “sorry la, syah. Ada problem sikit time nak ambik beg ni.” Zahra mengangkat begnya. Beg itu diturunkan balik bila hanya mendapat jelingan dari aisyah. ‘takkan aisyah tak percaya?’                                                            “kenape? Kau terlanggar dengan putera mana kali ni?”                                                                                                   “sejak bila kau pandai main sindir-sindir ni, syah?” Zahra buat muka pelik. Macam mana aisyah tahu.                                                                                                                                                                “dah la. Layan kau memang tak habis. Bawak sendiri beg tu. Malas aku nak tolong.” Serentak dengan kata-kata itu, aisyah memulakan langkahnya.                                                                                                          “amboi.. marah sampai tak nak tolong aku. Tak pe, aku taknak bagi ole-ole dari johor. Zahra segera menolak laju begnya. Beg beroda pun nak mintak tolong orang ke?                                                             “tak kisah pun. Bagi jelah dekat orang lain. Tak hadap pun aku dengan ole-ole kau tu.” Langkah Zahra terhenti. Terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut aisyah.                                                                              “malam nanti janga nangis pulak.” Zahra ketawa kecil. Dia kembali mengatur langkah. ‘macam la aku tak kenal kau.’ Dia tersenyum sumbing.
“ara.. please la. Bagi aku benda tu.” Aisyah merengek manja.                                                                                    “kau ni tak tahu malu kan. Tadi kata tak nak.” Zahra memulangkan paku buah keras.                                                    “aku tak malu la yang aku mintak ni. Ala.. kau kan kenal aku, aku main-main je tadi.” Lutut Zahra digoncang kuat..  Macam nak tercabut dah. Nasib baik tak pakai skru. Kalau tak, dah lama tanggal digoncang dek aisyah hari-hari. Zahra kulum senyum. Dengan Zahra, dia memamg tak tahu malu. Sebab itu dia tak kisah bila Zahra mengungkit kata-katanya petang tadi.                                                                                    “main tak main. Aku terasa hati ni tau. Dah.. tak nak layak kau lagi. Baik aku pergi tidur. Lagi best. Dah seminggu aku tak cukup tidur. Dah.. dah.. bagi laluan.” Zahra segera berdiri. Pantas dia larikan diri dari aisyah. Padan muka.. sombong lagi. Aisyah bercekak pinggang bila Zahra sudah hilang ke tingkat atas rumah sewa mereka. Dia memasang angan-angan untuk memujuk Zahra esok. Dia tahu, Zahra hanya main-main dengannya. Bukan sehari dia kenal dengan Zahra. Bahkan sejak tingkatan 3 lagi. Sudah masak benar dengan perangai perempuan tu sorang. Zahra.. seorang yang ceria. Sensitif dengan masalah orang lain, tapi tidak dengan masalah sendiri. Lebih-lebih lagi dengan aisyah. Bila aisyah ada masalah, dialah orang pertama yang akan menjadi hero untuk menyelesaikan masalah itu. Walaupun kadang-kadang makin mendatangkan masalah. Berbeza bila dia sendiri yang menghadapi masalah, sebolehnya dia mahu sembunyikan dari orang lain. Tidak mahu membebankan orang lain, katanya. Tapi, kadang-kadang masalahnya tetap dapat dihidu oleh aisyah. Best friend forever la katakan. Naluri seorang perempuan itu kuat. Bagi Zahra, dia perlu melindungi aisyah dari apa-apa masalah kerana aisyah lebih bersifat lembut. Takut aisyah tidak mampu menanganinya sendiri. Aisyah dan Zahra berkawan sejak mereka di tingkatan 3. Walaupun berlainan kelas, mereka masih rapat. Zahra dalam kelas sains. Manakala aisyah bersama kawan mereka yang lain milia dan nadila dalam kelas ekonomi. Namun, ini bukan cerita mereka, ini cerita Zahra. Mimpi cinta Zahra.